English | Español | 中文 | اللغة العربية | Français | हिन्दी | Português | اردو | Melayu | বাংলা

Kepada : PRESIDEN, PERDANA MENTERI, GABENOR, MENTERI BESAR, DATUK BANDAR, MENTERI/SETIAUSAHA/JABATAN BURUH DAN PENGANGKUTAN, WAKIL RAKYAT  & KETUA JABATAN KERAJAAN - SEMUA KERAJAAN NEGARA, NEGERI DAN BANDAR.


Kami, yang bertandatangan di bawah, ialah pemandu dari seluruh pelusuk dunia yang bekerja di dalam sektor pengangkutan penumpang berasaskan aplikasi bagi syarikat seperti Uber, Lyft, Grab, Ola, Gojek, Didi, Bolt, Careems dan lain-lain. Kami bersatu dalam menyeru kepada semua kerajaan  - - negara, wilayah, negeri dan bandar - - agar segera mengawal selia perkhidmatan pengangkutan penumpang berasaskan aplikasi, terutamanya berkenaan persoalan penyahaktifan akaun pemandu secara tidak adil. Kesemua syarikat yang beroperasi dalam sektor pengangkutan berasaskan aplikasi memecat pemandu tanpa proses yang sewajarnya, kerana alasan yang tidak diketahui, melalui mutu perkhidmatan yang rendah, tidak diaudit, pengautomatikan yang cenderung ralat dan selalunya kerana aduan berat sebelah daripada penumpang. Ancaman penyahaktifan ini merupakan serangan secara langsung dan tanpa henti ke atas maruah kami kerana kami selalu terpaksa berhadapan dengan penumpang yang benar-benar bersalah, berat sebelah, dan tidak wajar sepenuhnya dan pegawai syarikat yang berpendapat bahawa memecat pemandu sesuka hati merupakan sebahagian daripada model perniagaan syarikat mereka. Ancaman penyahaktifan secara tidak adil sentiasa mengganggu di fikiran kami semasa memandu. 

Seiring dengan pendapatan garis kemiskinan, ancaman dan pelaksanaan pemecatan secara tidak adil, secara eufimismenya dipanggil “Nyahaktif” yang sekadar kilauan teknologi, ialah masalah yang paling mendesak dihadapi oleh pemandu di seluruh dunia. Suara kami hari ini bersatu merentasi negara dan bandar, agama dan bahasa, etnik dan jantina. Pekerja di seluruh dunia sentiasa mempunyai hak asasi bagi proses pemecatan yang adil. Tanpa hampir sebarang pengecualian, perlakuan sedemikian terhadap pekerja telah dilakukan oleh penumpang atau syarikat pengangkutan berasaskan aplikasi melalui kontrak yang menunjukkan niat jahat mereka untuk memecat pemandu sesuka hati, melalui kesalahan klasifikasi dan penafian hak asasi pekerja, dan melalui pengautomatikan bermutu rendah semata-mata. Bahawasanya industri global seperti industri pengangkutan berasaskan aplikasi dapat melepaskan diri dengan amalan eksploitasi sedemikian, merupakan titik hitam bagi setiap kerajaan yang berkeupayaan untuk mengawal selia industri ini. 

Kami ingin menekankan di sini bahawa keadaan kami amatlah teruk. Bukan hanya hampir kesemua daripada kami beroperasi dengan gaji garis kemiskinan, tetapi ketidakpastian yang mendalam bermain di fikiran pada setiap hari bekerja adalah menyeksakan dan sebenarnya merupakan serangan terhadap maruah kami. Baru-baru ini, seorang pemandu di bandar selatan Hyderabad, India, telah dipecat kerana kegagalan fungsi perisian pengecaman wajah milik syarikat. Pemandu tersebut telah kehilangan berat badan semasa pandemik akibat kekurangan makanan dan telah berjambang. Bukan sahaja perisian tersebut tidak dapat memproses perubahan ini, tetapi lebih teruk adalah sebarang usaha untuk memperbetulkan kesalahan ini telah ditolak oleh pihak syarikat. Kejadian sedemikian di samping penyelidikan yang telah diterbitkan yang menyatakan bahawa wujud bias atau berat sebelah terhadap muka orang bukan berkulit putih dalam perisian pengecaman muka merangka keperluan mendesak terhadap proses punca yang adil dan saksama dengan cara yang terbaik mungkin. Begitu juga, di California, seorang pemandu Afrika-Amerika berhadapan dengan seorang penumpang kulit putih yang membuat aduan yang tidak berasas sepenuhnya dan bersifat perkauman bahawa pemandu tersebut mabuk ketika memandu. Pemandu tersebut telah bersedia untuk pergi ke mana-mana balai polis atau kemudahan penjagaan kesihatan untuk mengambil ujian alkohol tetapi pihak syarikat tidak mahu melihat bukti sedemikian.

Bagaimanapun, penyelesaian adalah amat jelas bagi kami:

  1. Proses / Prosedur sewajarnya digubal oleh pihak bandar, negeri, wilayah, dan/atau kerajaan kebangsaan kerana pemandu-pekerja telah diberi lesen oleh pihak berkuasa negeri, ini termasuk proses mendengar apa yang ingin dikatakan oleh pemandu.

  2. Pengawalseliaan sedemikian bagi proses hak boleh dilaksanakan dalam rangka kerja undang-undang pekerja-majikan yang mana boleh dan sebagai peraturan tersendiri yang klasifikasinya tidak mudah didapati.

  3. Peraturan tersebut boleh dibawa masuk di dalam rundingan pemandu-pekerja di negara/negeri/bandar anda.

IAATW bertekad untuk mewakili suara-suara pemandu dan juga bersedia membantu mana-mana pihak kerajaan di mana-mana tempat di dunia ini di dalam menggubal perundangan/peraturan tersebut.